Membawang Hari Ini, Panasnya Hari Ini

The Oscars: Pak Nil Mahu Tunjuk Gambar Artis Tempatan Pada Selebriti Hollywood

KUALA LUMPUR:Pengacara yang tidak asing lagi, Datuk Aznil Nawawi atau lebih mesra dikenali dengan nama ‘Pak Nil’ menerima jemputan ke Hollywood untuk menghadiri acara berprestij ‘The Oscars: The 88th Annual Academy Awards.

Bagi kali ini, Pak Nil berpeluang berada di karpet merah untuk menemubual para bintang terkenal di acara besar pentas Hollywood The OSCARS.

Pak Nil yang difahamkan baru sahaja pulang daripada membuat liputan dalam program ‘E! Pop of Culture’ di Los Angeles baru-baru ini.

“Malam ini saya akan bertolak ke Hollywood untuk acara The OSCARS di mana saya akan berada di karpet merah untuk menemubual para bintang terkenal di sana nanti.

“Dalam pada masa yang sama, saya juga terfikir akan cabaran yang bakal saya hadapi nanti. Pertama mengenai waktu yang sangat terhad untuk menemubual artis kerana di sana mempunyai barisan media yang ramai.

“Keduanya, saya cuba elakkan isu sensitif… almaklumlah selebriti luar negara bersikap sangat terbuka,” ujarnya memetik laporan Media Hiburan.

Sementara itu, Pak Nil turut berkongsi pengalamannya sebagai salah seorang pengacara bagi program baru ‘E! Pop of Culture’ pada Januari lalu.

“Sebelum pergi ke sana saya dan rakan ada membuat perancangan untuk pengisian bagi program baru E! dengan cara mengetengahkan pakaian fesyen selebriti tanah air kita.

“Kemudian sewaktu dalam program ‘Fashion Police’ saya ada memberikan satu mini iPad kepada pengacara program tersebut dan menunjukkan lapan keping gambar fesyen selebriti Malaysia untuk dia komen.

“Dalam waktu yang sama sebenarnya saya takut dan risau juga, manalah tahu komen yang akan diberikannya nanti mungkin negatif. Alhamdulillah kesemua lapan gambar berkenaan dia memberikan maklum balas yang sangat memberangsangkan,” katanya.

Tambahnya pemilihan gambar selebriti artis terkenal tanah air juga dilakukannya secara rambang dan tiada unsur pilih kasih.

“Sebenarnya saya mahu tunjukkan 15 keping gambar artis kita, tapi disebabkan kekangan masa hanya lapan minit, jadi lapan gambar sahaja dapat dikomen,” katanya.

Difahamkan antara lapan gambar yang dibawa dan ditunjukkan dalam segmen ‘Fashion Police’ mereka ialah Fazura, Honey Madu, Didie Alias dan ramai lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");