Panasnya Hari Ini

Tidak Ada Sesiapa Wajar Diberi Layanan Istimewa – Reezal Merican

KUALA LUMPUR:Majlis Tertinggi (MT) UMNO disaran supaya mengambil langkah tegas bagi menghentikan serangan Tan Sri Muhyiddin Yassin kepada Presiden UMNO kini.

Pekara itu ditegaskan oleh salah seorang ahli majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican yang menyifatkan tiada sesiapa yang wajar diberikan layanan istimewa apabila parti kini sedang berusaha keras bagi mengembalikan kepercayaan rakyat.

“Buat masa ini, UMNO tidak boleh melayan politik berasaskan serangan peribadi seperti ini. Amaran telah diberikan banyak kali, namun masih ada pihak yang mahu menangguk di air yang keruh.

“Keputusan MT UMNO esok akan membayangkan komitmen kita untuk mendahulukan rakyat dan tidak melayani mereka yang mahu menjadi primadona dan mendahulukan ego peribadi.

“Tidak ada sesiapa yang wajar diberikan layanan istimewa – tatkala parti memerlukan usaha berterusan memperteguh wibawa dan mengembalikan kepercayaan rakyat,” katanya memetik sumber MalaysiaGazette hari ini.

Beliau turut menyatakan sokongan kepada usaha untuk mengambil tindakan kepada amalan serangan terbuka oleh Timbalan presiden UMNO itu.

“Terlalu banyak yang diperkatakan mengenai kedudukan Timbalan Presiden UMNO yang buat sekian lama tidak pernah berhenti membuat serangan kepada institusi Presiden UMNO. Demi keutuhan dan kelangsungan perjuangan parti, saya secara peribadi menyatakan sokongan kepada usaha untuk mengambil tindakan kepada amalan serangan terbuka seperti ini.

“Ini tidak bermakna saya tidak menghormati pandangan Timbalan Presiden UMNO tetapi, dalam sebuah organisasi, kita tidak boleh terus-terusan berada di dalam keadaan yang serba defensif dan serba salah.

“Saya khuatir, jika sikap dan pendirian yang bertentangan dengan institusi Presiden ini berterusan – ianya akan mengheret sama parti ke aras sokongan politik yang sukar,” ujarnya.

Tambahnya lagi, rakyat kini sedang memerhati tindakan dan bagaimana ahli parti menghormati pemimpin dan pejuang lama.

“Ya, mungkin kita boleh berbeza pandangan dalam perkara tertentu, tetapi menyerang Presiden UMNO dengan tuduhan yang tidak berlandaskan fakta dan kebenaran adalah satu yang tidak boleh diterima,” katanya lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");