Panasnya Hari Ini

Tidak Perlu Takut Jika Tidak Berbuat Salah- Mahfuz

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar hari ini mempersoalkan tindakan kerajaan UMNO/Barisan Nasional (BN) yang didakwanya takut mengenai kebocoran dokumen kerajaan jika tiada sebarang kesalahan dilakukan oleh pihak mereka.

Katanya, ini kerana terdapat pemimpin politik yang menyarankan agar pihak berkuasa menyiasat dan mengambil tindakan terhadap pihak yang kononnya membocorkan maklumat rahsia termasuklah wartawan.

Sementara itu, Peguam Negara juga mencadangkan agar Akta Rahsia Rasmi (OSA) dipinda agar hukuman lebih berat termasuk penjara seumur hidup dan 10 kali sebatan dikenakan.

“Kenapa taku sangat dengan kebocoran dokumen kerajaan yang dikatakan rahsia? Apa yang hendak disembunyikan daripada rakyat?

“Perkara apa yang rakyat tidak boleh diberitahu daripada dokumen yang dirahsiakan? Keselmatan negarakah atau penyelewengan rasuah yang membabitkan pemimpin yang mahu dirahsiakan,”soalnya menerusi satu kenyataandi Facebook miliknya.

Kata Mahfuz lagi, kerajaan yang dipimpin oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib dan dan kepimpinan UMNO/BN serta Peguam Negara masih dengan paradigma tua kuno yang beranggapan jika tiada kawalan mengenai dokumen rahsia kerajaan, akan berlaku krisis kepercayaan masyarakat antarabangsa terhadap Malaysia.

Katanya, perkara yang dikawal bukanlah rahsia keselamatan Negara, tetapi ianya rahsia keselamatan pimpinan Negara yang terlibat dengan salahlaku jenayah rasuah, penyelewengan dan salah urus yang terkandung dalam dokumen OSA.

“Perlu dibezakan antara dokumen rahsia negara yang membabitkan keselamatan dan pertahanan yang sememangnya perlu dirahsiakan seperti logistik, plan strategi pertahanan negara dan yang berkaitan.

“Sedangkan dokumen pembelian peralatan keselamatan dan pertahanan negara memungkinkan wujudnya salah urus dan unsur rasuah seperti skandal pembelian kapal selam, dokumen yang berkaitan kontrak projek pembinaan kem tentera, balai polis dan sebagainya perlu dibebaskan daripada OSA,”ujarnya.

Ujarnya lagi, perkara yang sama juga perlu dilihat dengan surat teguran Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zetti Aziz terhadap Tabung Haji tidak perlu dilihat sebagai kebocoran rahsia, sebaliknya ia adalah untuk membolehkan proses semak imbang rakyat bagi memastikan urus tadbir ekonomi dan kewangan Negara lebih telus dan berintegriti.

Sekali lagi, Mahfuz dengan tegas mengharapkan agar pemimpin politik Negara dan rakyat serta Peguam Negara perlu keluar daripada paradigma tua kuno.

“Saya mengharap pemimpin politik negara dan rakyat serta AG mesti keluar daripada paradigma tua kuno yang beranggapan jika tidak di’OSA’ ke atas dokumen yang saya maksudkan maka ekonomi negara akan lumpuh.

“Tetapi sebaliknya ekonomi negara akan lebih meyakinkan kerana masyarakat antarabangsa akan lebih percaya Malaysia kerana keberanian, keterbukaan dan ketelusan dari sebarang salah laku jenayah rasuah. Jangan takut dan berahsia kalau tidak buat salah, tipu dan rasuah,”ujarnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");