Panasnya Hari Ini

Tidak Semua Adun Pembangkang Sokong Mukhriz – Phahrolrazi Zawawi

KUALA LUMPUR:Presiden Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) yang juga Ahli Undangan Negeri (ADUN)  Pengkalan Kundur, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi tampil mengesahkan bahawa terdapat ADUN pembangkang tidak menyokong pentadbiran Datuk Seri Mukhriz Mahathir selaku Menteri Besar Kedah.

Setelah gagal untuk mendapat sokongan penuh, Datuk Seri Mukhriz Mahathir akhirnya mengumumkan perletakan jawatan beliau selaku Menteri Kedah hari ini.

Memetik sumber Freemalaysiatoday, semalam semua 15 ADUN pembangkang telah tampil mengeluarkan satu kenyataan media dengan menyatakan sokongan penuh terhadap Mukhriz.

Bagaimanapun, terdapat segelintir daripada ADUN pembangkang telah menyatakan kepada Jemaah Pemangku Sultan Kedah bahawa mereka tidak menyokong Mukhriz dan bersetuju agar Mukhriz disingkirkan.

“Tidak semua ADUN pembangkang sokong (Mukhriz), ada yang sokong dan ada yang tak sokong,.

“Saya tidak boleh beritahu jumlah yang menyokong dan tidak menyokong berapa dan pendirian saya terhadap Mukhriz biarlah rahsia,” katanya.

Jelasnya, Jemaah Pemangku Sultan Kedah hanya bertanyakan satu soalan iaitu samaada menyokong Mukhriz ataupun tidak.

Terdahulu, seramai 14 daripada 15 ADUN pembangkang Kedah menghadap Jemaah Pemangku Kedah.

ADUN Anak Bukit Datuk Amiruddin Hamzah tidak hadir kerana beliau berada di luar negara.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");