Panasnya Hari Ini

Tingkat Integriti Untuk Dapatkan Pengaruh – TI-M

Gambar:- Free Malaysia Today

KUALA LUMPUR: Semua parti politik di negara ini perlu meningkatkan tahap integriti serta bersifat lebih jujur dalam berpolitik termasuklah ketika melaksanakan kempen pilihan raya.

Ia berikutan aspek integriti mampu untuk meningkatkan pengaruh serta kuasa politik bagi sesebuah parti di negara ini.

Menurut laporan Free Malaysia Today, Presiden Transparency International-Malaysia (TI-M) Datuk Akhbar Satar berkata, tahap integriti pemimpin sama ada daripada pihak pemerintah mahupun pembangkang masih menjadi perdebatan dalam kalangan rakyat di negara ini.

Ujarnya, setiap parti politik seharusnya lebih bertanggungjawab dan berusaha untuk meningkatkan tahap integriti supaya dapat memupuk ahli politik yang akan menjadi negarawan demi kelangsungan negara serta generasi akan datang.

“Aspek integriti dan keinginan politik yang kuat untuk memerangi rasuah akan menaikkan lagi pengaruh serta kuasa parti ini.

“Kita perlu lebih ramai negarawan yang memikirkan generasi akan datang dan bukannya ahli politik yang memikirkan pilihan raya akan datang,” katanya, lapor Free Malaysia Today.

Dalam pada itu, beliau berkata, pihak pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seharusnya kekal tidak menyebelahi mana-mana pihak dan menjadi ‘non-partisan’.

“NGO sewajarnya memberi kritikan membina dan hanya menyokong perkara benar dan menolak perkara yang salah,” katanya lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");