Panasnya Hari Ini

Tipu Jemaah Umrah Syarikat Akan Ditarik Lesen-Nazri Aziz

KUALA LUMPUR: Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan akan menarik balik lesen outbound (pengembaraan luar negara) syarikat pelancongan yang didapati menipu jemaah umrah dalam pakej ditawarkan.

Perkara itu ditegaskan oleh Menterinya, Datuk Seri Nazri Aziz, bahawa pihaknya sudah menarik lesen outbound sebuah syarikat pelancongan dari Kedah atas kesalahan berkenaan.

Tambahnya lagi, statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut mencatat sebanyak 64 kes membabitkan nilai kerugian penipuan umrah sebanyak RM2.2 juta pada tahun 2014 dan 45 kes dengan kerugian bernilai RM2.4 juta pada tahun lalu.

“Data kementerian merekodkan 57 syarikat dikenakan tindakan atas kesalahan berkaitan umrah sejak tahun 2012 hingga tahun lalu, membabitkan kerugian sebanyak RM237,000.

“Malah, statistik Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) mendapati 1,478 kes berkaitan umrah diterima tahun lalu membabitkan anggaran kerugian RM6.8 juta,” katanya ketika berucap pada Persidangan Meja Bulat Imam Kebangsaan 2016 – Edisi Pelancongan Masjid, di Putrajaya, hari ini memetik sumber berita harian.

kementerian juga jelasnya akan mengambil tindakan tegas ke atas syarikat pelancongan umrah yang gagal memastikan jemaah diinsuranskan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");