Berita Hari Ini

TPP wujud kesan sampingan, industri baharu

KUALA LUMPUR – Pemeteraian Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) bukan sahaja menawarkan akses pasaran lebih luas kepada pengeksport, tetapi berpotensi menghasilkan pelbagai kesan samping seperti perwujudan industri baharu.

Pengarah Urusan pengeluar batik, Cliff Ink Sdn Bhd, Michelle Lau Sook Yee berkata, penggiat industri boleh bekerjasama dengan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) serta Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) untuk menarik pelaburan daripada negara TPP bagi mendirikan kilang di sini.

“Pelaburan itu akan memberikan kita (industri tekstil) kelebihan dari segi teknologi kerana industri ini sangat berintensifkan modal.

“Kita memerlukan teknologi tinggi untuk tenunan di mana Malaysia kini tidak mempunyai bahan mentah seperti kapas dan sutera… mungkin kita boleh melihat kepada penanaman kapas dan penghasilan sutera, dengan itu mewujudkan satu industri baharu sepenuhnya,” katanya kepada Bernama.

Mengulangi sentimen yang sama, Pengarah Gaya Hidup Bahagian Promosi Perdagangan dan Perkhidmatan Matrade, Abu Bakar Yusof berkata, ia penting untuk Malaysia membangunkan ekosistem lengkap industri tekstil merangkumi segmen huluan dan hiliran.

“Kita harap TPP akan mampu menarik lebih banyak pelaburan ke negara ini dan membantu penggiat tempatan,” tambahnya.

– Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");