Panasnya Hari Ini

Trek Lumba Motor: KPN Akan Jumpa Ku Nan

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar akan mengadakan perjumpaan dengan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor bagi mendengar pandangan serta cadangan penyediaan trek perlumbaan motosikal di ibu kota.

Tegasnya, Menteri Wilayah Persekutuan itu pastinya mempunyai sebab dan alasan tersendiri mengenai cadangan tersebut.

“Saya percaya beliau ada alasan-alasan tertentu … saya akan mendengar pandangan beliau.

“Masalah rempit ini seolah-olah tiada penghujung, pelbagai tindakan pihak penguatkuasa telah ambil, anak-anak muda kita masih suka merempit, lumba tengah malam, so apa-apa pun saya akan berjumpa dengan YB (Tengku Adnan) dulu,” katanya kepada pemberita selepas majlis pemakaian pangkat pegawai kanan polis di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman memetik sumber Mstar.

Terdahulu, Tengku Adnan melontarkan cadangan untuk menyediakan trek perlumbaan motosikal di kawasan tertentu di ibu kota bagi memenuhi kehendak dan minat anak muda.

Sementara itu, Khalid mencadangkan supaya tindakan mahkamah akan diambil terhadap individu yang didapati melakukan kesalahan memandu kenderaan tanpa lesen dan pemilik kenderaan yang meminjamkan kenderaan kepada pemandu yang tidak berlesen.

“Kita tidak mahu kenakan kompaun lagi … kerana antara punca kemalangan maut, cedera parah adalah disebabkan oleh mereka yang memandu kenderaan tanpa lesen.

“Cadangan ini adalah perlu dalam memberi pengajaran … kita nak cadang undang-undang ini,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");