Membawang Hari Ini, Panasnya Hari Ini

Tukar Nama Komersial Atas Nasihat Ustaz- Syarul Ridzwan

KUALA LUMPUR: Pelakon, Syarul Ridzwan menukar semula  penggunaan nama asalnya, kepada Saharul Ridzwan setelah menerima teguran dan nasihat dari seorang ustaz berhubung  nama komersial tersebut.

Sebelum ini difahamkan beliau menggunakan nama Syarul sebagai nama komersial bagaimanapun nama tersebut memberi maksud yang tidak baik.

Beliau kemudiannya mengunakan semula nama asalnya sebagai nama kormesial termasuk di laman Instagramnya sejak petang semalam selepas mendengar nasihat ustaz yang kini bertugas di Khidmat Baitul Mahabbah (Rumah Kasih Sayang), Rawang, Selangor.

“Sebelum ini, saya sekadar mencipta nama Syarul kerana memikirkan aspek komersial.

“Bagaimanapun, selepas ditegur ustaz yang saya kenali, beliau menyarankan supaya saya menukar kepada nama asal saja.

“Ustaz itu memberitahu, nama Syarul sebelum ini lebih kurang bermakna sejahat-jahat manusia. Jadi, saya fikir tidak salah untuk menukarnya kepada nama asal saya,” katanya memetik sumber BH Online.

Sementara itu Saharul turut mengalu-alukanorang ramai untuk tampil membantu mengurangkan beban dan kesusahan kanak-kanak kurang bernasib baik di rumah kebajikan terbabit.

“Saya menggesa mereka yang baik hati dan mempunyai rezeki lebih untuk sama-sama membantu mereka dan pertubuhan ini. Sedikit sebanyak, kita dapat kurangkan kesusahan mereka.

“Jika ada yang ingin menghulurkan sumbangan atau barangan, bolehlah ke alamat pertubuhan itu di Khidmat Baitul Mahabbah (Rumah Kasih Sayang), No 29, Jalan 8/8, Bandar Tasik Puteri, Rawang, Selangor.

“Mereka juga juga menghubungi talian 03-60342593,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");