Panasnya Hari Ini

TUN M Persoal Kenapa Ling Tidak Boleh Kritik Najib

KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad merasa pelik dan mempertikaikan mengapa beliau dibenarkan mengkritik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak manakala bekas Presiden MCA Tun Ling Liong Sik pula dihalang daripada berbuat demikian.

Tambahnya beliau langsung tidak menerima sebarang saman fitnah terhadap segala kritikan tajamnya terhadap Najib di blognya, termasuk mendesak Najib meletakkan jawatan.

“Mengikut pemerhatian saya, daripada balasan Perdana Menteri kepada hujah pembelaan Ling, Najib menerima kritikan tajam saya sebagai penting bagi kepimpinannya.

“Maka, peliklah apabila saya ada kebebasan bersuara (untuk mengkritik) tetapi bukan bagi Ling,” katanya dalam afidavit untuk menyokong permohonan Ling membatalkan saman fitnah Najib terhadap bekas presiden MCA itu.

Dalam usahanya untuk membatalkan saman itu, Ling menyebut dua sebab dalam permohonannya iaitu saman tersebut tidak mempunyai sebab yang wajar dan terdapat pihak lain yang menyatakan perkara yang sama.

Ling juga berkata menerusi afidavitnya, bahawa beliau keliru mengapa hanya dirinya yang menjadi sasaran, sedangkan pemimpin lain seperti Mahathir, Zaid Ibrahim, Muhyiddin Yassin dan Zainuddin Maidin tidak disaman.

“Apa yang mereka katakan lebih teruk daripada kata-kata saya. Mereka dibenarkan berbuat demikian kerana ada kebebasan menyatakan pandangan menurut Perdana Menteri. Adakah saya tidak layak untuk mendapat hak kebebasan bersuara?” soalnya.

Jelasnya, beliau hanya bertindak menyokong seruan Mahathir agar Najib meletakkan jawatan, kerana berpandangan tindakan menerima wang daripada pihak lain dan memasukkannya ke dalam akaun sendiri adalah satu kesalahan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");