Perak Hari Ini

Tunjuk Contoh Teladan Yang Baik Pada Semua- DS Zambry

IPOH: Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir menyatakan biarpun berlainan aliran ideologi politik dan pendapat namun ianya tidak  menjadi penghalang serta menjejaskan perpaduan dalam usaha untuk terus membangunkan negeri ini.

Orang ramai termasuklah pemimpin negeri perlu menunjukkan contoh teladan yang baik bagi mencerminkan keamanan dan keunikan negeri Perak itu sendiri.

PERAKTODAY3 (1)

Beliau berkata demikian dalam ucap utama Majlis Perayaan Tahun Baru Cina anjuran Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Perak (PCCCI) di Hotel Riverfront, hari ini.

“Biarpun kita berbeza agama, budaya malah aliran politik namun kita tidak boleh mengatakan keburukan mengenai orang lain dan ia adalah tidak elok untuk diamalkan,” katanya.

Turut hadir sama,Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Kedua, Datuk Seri Ong Ka Chuan dan Pengerusi PCCCI Datuk Liew Siew Yee.

PERAKTODAY2 (1)

Majlis turut meriah dengan kehadiran isteri Menteri Besar, Datin Seri Saripah Zulkifli dan barisan exco negeri antaranya Datuk Rusnah Kassim, Datuk Samsudin Abu Hassan dan Datuk Dr Mah Hang Soon.

Tambahnya lagi, semua pihak perlu terus menyumbang kepada pembangunan dan kemakmuran negara terutamanya bagi negeri Perak sendiri.

“Semoga dalam tahun monyet akan membawa terus keamanan dalam dunia dan khususnya bagi negeri Perak,” katanya lagi.

Beliau turut menyampaikan sumbangan Ang Pau kepada 120 anak yatim daripada rumah anak-anak yatim terpilih sekitar Ipoh.

PERAKTODAY1 (1)

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");