Panasnya Hari Ini

UMNO Jangan Lalai Hadapi ‘Perang’ Persepsi Pembangkang Di Laman Sosial

KUALA LUMPUR:UMNO Negeri Sembilan menasihati semua pemimpin dan ahlinya agar tidak memberi perhatian dan hanyut dengan  persepsi yang ditimbulkan oleh pembangkang terutama menerusi laman sosial kini.

Pengerusinya, Datuk Seri Mohamad Hassan berkata, penyebaran persepsi negatif menerusi laman sosial adalah taktik pembangkang untuk menarik perhatian jentera UMNO memberi tumpuan kepada ‘perang’ alam siber.

Tambahnya, pembangkang akan mengambil kesempatan itu untuk turun ke akar umbi menarik sokongan rakyat apabila pihak UMNO dilihat semakin alpa dan hanyut dengan laman sosial.

“Mereka sengaja menimbulkan pelbagai persepsi terhadap kepimpinan UMNO. Tujuannya hendak tarik perhatian jentera parti sehingga lalai. Sedangkan, ketika itu mereka sudah berdepan dengan masyarakat dan berusaha menanamkan kebencian terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN) dan UMNO,” katanya pada majlis perjumpaan dengan Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Tan Sri Annuar Musa di Negeri Sembilan, semalam memetik laporan MalaysiaGazette.

Tambahnya lagi, sekiranya jentera terlalu memberi fokus kepada ‘perang’ laman sosial, ia dikhuatiri akan mewujudkan lebih banyak perselisihan faham antara mereka dengan orang ramai.

“Punca perbalahan adalah dari asas persepsi yang dicipta pembangkang. Perselisihan faham ini akan terbawa-bawa ke luar, yang mana parti UMNO akan menjadi mangsa kemarahan pengguna di laman sosial.

“Jadi, adalah lebih baik kita tumpukan kepada kerja kita iaitu mendekati pengundi sedia ada, mengajak anak muda supaya menjadi pendaftar yang sah dan mendampingi mereka supaya lebih tertarik kepada UMNO,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");