Sukan Hari Ini

United tundukkan Shrewsbury

MANCHESTER United berjaya melayakkan diri ke peringkat separuh akhir Piala FA selepas menundukkan Shrewsbury 3-0 dalam aksi pertemuan yang berlangsung di Stadium Old Trafford, awal pagi tadi.

Chris Smalling, Juan Matta dan Jesse Lingard menjaringkan gol kemenangan United bagi membantu pasukan berkenaan untuk merangkul kejayaan menewaskan pasukan divisyen tiga tersebut serta menempatkan diri bagi menentang West Ham United selepas ini.

Susulan daripada spekulasi yang mengaitkan kekalahan memalukan bakal menjadi penyebab Louis Van Gaal dipecat, kemenangan itu melegakan pengurus pasukan berkenaan selepas skuad bimbingannya berjaya melepasi perlawanan itu untuk ke pusingan seterusnya.

United yang ditewaskan oleh Sunderland dan Midtjylland FC dalam dua perlawanan sebelum ini menjaringkan gol pendahuluan pada minit ke37 hasil jaringan daripada Smalling.

Seperti yang dijangkakan, United mendominasi penguasaan bola pada awal perlawanan dan skuad itu turut berpeluang untuk menjaringkan gol pada minit kedua perlawanan menerusi sepakan penjuru.

Daley Blind menghantar bola dari sudut kiri kepada Smalling namun cubaan tersebut tersasar dan bola hanya melepasi gawang gol.

Gol kedua dan ketiga United dijaringkan oleh Matta dan Lingard pada minit ke45 dan 61 lantas memberikan kedudukan selesa buat The Red Devil. – AFP/sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");