Perak Hari Ini

Ustaz Kazim Perlu Berehat

IPOH: Datuk Mohamad Kazim Elias telah dibenarkan pulang ke rumahnya setelah menerima rawatan dari Hospital Pakar KPJ Ipoh, di sini, kira-kira jam 12 tengah hari ini.

Difahamkan keadaan kesihatan penceramah agama itu dalam keadaan yang semakin beransur pulih dan stabil bagaimanapun beliau perlu berehat tiga bulan daripada sebarang aktiviti.

Beliau dibawa balik ke rumahnya di Kampung Manjoi, diiringi abangnya, Datuk Mohd Najmuddin Elias.

Ustaz Kazim yang kelihatan masih lemah telah dibawa keluar dari hospital dengan menggunakan kerusi roda.

Terdahulu, beliau turut menerima kunjungan Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Husni yang meluangkan masa kira-kira 15 minit turut memberi dorongan supaya Ustaz Kazim akan pulih seperti kebiasaan.

“Kita berterima kasih kepada pihak hospital dan doktor yang merawat pendakwah kesayangan ramai itu sepanjang berada di hospital berkenaan,”katanya.

Sementara itu, Abang sulungnya, Datuk Kapten (B) Mohd Najmuddin Elias turut mengucap ribuan terima kasih kepada semua yang membantu dan mendoakan kesihatan adiknya.

“Terima kasih kepada semua yang terlibat dan yang tidak putus-putus berdoa mengharapkan beliau kembali sembuh,” katanya menerusi laman facebook miliknya.

foto-facebook DUKE

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");