Panasnya Hari Ini

Usul Pergantungan Jawatan Muhyiddin Diputuskan Dalam MT UMNO

KUALA LUMPUR:Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah Datuk Seri Mahdzir Khalid menegaskan bahawa sebarang usul berkenaan  pergantungan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Presiden UMNO akan diputuskan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO.

Beliau juga pada masa yang sama menyatakan sokongan beliau terhadap cadangan usul tersebut oleh Datuk Seri Nazri Aziz.

“Saya rasa perkara itu hendaklah diputuskan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi parti dan saya sokong usul Nazri,” katanya memetik sumber Freemalaysiatoday.

Tambahnya, ahli UMNO yang tidak sehaluan dan tidak ‘sepasukan dengan parti’ merupakan satu masalah kepada parti tersebut.

Sementara ketika diminta mengulas mengenai serangan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap Datuk Seri Najib Razak, Mahdzir berkata, tindakan ‘orang tua’ itu tidak perlu diulas.

Terdahulu, Muhyiddin sekali lagi tampil mengkritik Perdana Menteri, menyebabkan Nazri ingin bertindak mengemukakan usul pergantungan jawatan Muhyiddin dalam UMNO.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");