Sukan Hari Ini

Van Gaal optimis United mampu cabar kejuaraan

Manchester: Louis van Gaal percaya Manchester United masih mampu mencabar gelaran Liga Perdana musim ini selepas berjaya mempamer aksi membanggakan sepanjang dua perlawanan terakhir mereka.

Pengurus United Van Gaal berada dalam keadaan tertekan pada sebahagian besar musim ini gara-gara persembahan hambar serta keputusan tidak memberangsangkan yang diterima anak buahnya.

Tetapi pengendali Belanda itu percaya kemenangan di Chelsea malam ini akan menjadi sebab mengapa beliau yakin dengan peluang United untuk mencabar keempat-empat pasukan teratas liga ketika ini.

United masih ketinggalan lima mata di belakang pasukan di tangga keempat, Arsenal dan 10 mata di belakang pendahulu, Leicester.

Begitupun, skuad kendalian Van Gaal itu hanya tewas sekali sepanjang lapan perlawanan dalam semua pertandingan setakat ini dan menewaskan Derby 3-1 pada saingan Piala FA, mempamer aksi membanggakan ketika menundukkan Stoke 3-0 di Old Trafford, Khamis lalu.

“Kami tidak perlu menerangkan lebih lanjut tetapi saya dapat merasakan bahawa jika kami menewaskan Chelsea walaupun ia kelihatan sukar sejak dibimbing Guus Hiddink, saya yakin peluang kami pasti cerah,” kata van Gaal.

“Michael Carrick memberitahu saya perkara itu dan saya juga berkongsi rasa yang sama. Saingan belum tamat, bukan saja buat Manchester United tetapi juga pasukan lain.

“Kami bertambah yakin dan itulah sebabnya kami menang dua kali berturut-turut menerusi aksi membanggakan, menjaringkan gol, tidak melepaskan jaringan dan ketika menentang pasukan yang sedang berada pada tahap membanggakan seperti Stoke City yang hanya tewas menerusi penalti kepada Liverpool.- AFP/harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");