Jenayah

Van hangus ketika menjamu selera

Kota Bharu: Van yang membawa muatan peralatan mencuci pejabat dan bangunan musnah dalam kebakaran berdekatan Kem Desa Pahlawan, Kok Lanas, di sini, 1.30 tengah hari tadi.

Dalam kejadian itu, dua lelaki berusia 40-an bernasib baik apabila ketika kejadian, mereka sedang menikmati makan tengah hari di sebuah restoran berdekatan lokasi.

Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat Ketereh, Mhd Rashid Yusoff berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 1.55 petang dan sebuah jentera bersama enam anggota bomba ke lokasi kejadian.

“Kita dapat mengawal api dalam masa 15 minit dan mendapati dua mangsa terselamat ekoran berada di dalam restoran.

“Punca dan jumlah kerugian masih dalam siasatan,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");