Panasnya Hari Ini

Veteran UMNO Terengganu Minta Mukhriz Tidak Belakangkan Parti

KUALA LUMPUR: Veteran Umno Terengganu meminta supaya bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir tidak bertindak membelakangkan parti itu serta melakukan perkara yang hanya akan merugikan Umno dan Barisan Nasional (BN).

Memetik sumber daripada Sinar, saranan itu dilontarkan oleh Yang Dipertua Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) Terengganu, Datuk Ahmad Sidi Ismail hari ini.

Tambahnya lagi saranan itu ditujukan khusus kepada Mukhriz berikutan kenyataan yang dikeluarkan oleh Bekas Menteri Besar Kedah itu yang menegaskan bahawa beliau tidak akan berdiam diri dalam melemparkan kritikan.

Ujar Ahmad Sidi kenyataan itu seolah-olah memberi gambaran bahawa Mukhriz akan terus lantang mengkrtitik barisan kepimpinan.

Tambahnya, Mukhriz sepatutnya menerima hakikat dan tidak sepatutnya mengkhianati parti dengan cara yang boleh menyebabkan rakyat hilang kepercayaan kepada Umno dan BN.

“Walaupun berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Tetapi kita harap terimalah hakikat kerana ada masa kita naik dan turun. Situasi yang berlaku kepada Mukhriz ini turut berlaku di tempat lain. Apa pun yang berlaku, kita pandang demi kepentingan parti.

“Mukhriz masih muda dan kita harap politik beliau tidak berakhir dengan tindakan meletak jawatan. Sebagai pemimpin muda, kita harap beliau beri keutamaan kepada parti,” katanya.

Tambahnya lagi senario yang berlaku di Kedah baru-baru ini adalah berdasarkan keputusan ramai pihak khususnya dari semua ketua Umno bahagian di Kedah yang bertindak mendesak Mukhriz untuk berundur.

“Walaupun ada orang kata mereka yang menentang Mukhriz itu dibayar, saya rasa tidak semudah itu kerana jika dibayar, tidak semua akan bertindak begitu kerana sebagai pemimpin, kita juga ada maruah. Tidak semudah itu.

“Jadi, saya harap orang muda kena belajar dalam politik. Sebagai orang parti, tidak boleh bertindak bertentangan dengan parti,” katanya.

Beliau turut menasihati pemimpin muda supaya menghadapi cabaran politik dengan baik dan tidak bertindak bertentangan dengan parti itu.

Tegasnya lagi, biarpun seseorang itu berhadapan dengan sesuatu cabaran dalam politik, namun tidak mustahil seseorang itu akan mendapat tempat yang lebih baik kelak.

“Jangan kita ingat kita boleh pegang jawatan sampai bila-bila. Macam nyawa, bila-bila sahaja kita boleh mati. Kita mesti ada keyakinan macam itu. Kalau kekal alhamdulillah kerana kita bergantung pada sokongan orang dan pucuk pimpinan,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");