Perak Hari Ini

Viral Tuduhan Umpama Barah- DS Zambry

IPOH: Pelbagai tuduhan dan tomahan yang dilemparkan kepada para pemimpin pastinya akan terus merebak dan sukar dihentikan apabila wujudnya kumpulan tertentu yang mempunyai agenda tersembunyi.

Menurut Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir pastinya para pemimpin akan bertindak balas membuktikan kebenaran itu namun ianya masih tidak mencukupi.

“Kita pasti bertindak balas menjawab tentunya kita tidak dapat sampai ke semua peringkat ia bagaikan seperti sel kanser yang menyerang di banyak bahagian badan.

“Apabila kita mengambil langkah membetulkan pastinya ada bagi kumpulan ini ada yang bermatlamat bukan soal kebenaran,” katanya lagi.

Tambahnya lagi, segala tindakan itu hanya akan membuatkan rakyat membenci pemimpin.

“Contoh viral pelbagai kenyataan di laman sosial, pelbagai tuduhan yang dilemparkan dan cerita diwujudkan dengan pelbagai cara.

“Apa yang boleh kita lakukan adalah kita menjawab, namun orang yang tidak menerima jawapan yang diberikan akan menganggap ia satu kebenaran.

“Ini adalah penyakit dystopia adalah merupakan sikap yang wujud dikalangan pihak tertentu, dan ianya mewujudkan satu suasana yang tidak baik,” katanya lanjut.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");