Berita Hari Ini

Virus Zika: Elak lawat 26 negara di benua Amerika

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan menasihatkan rakyat negara ini mengelak atau menangguhkan perjalanan ke 26 negara di benua Amerika yang menjadi tempat penularan virus Zika.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam, berkata mereka yang baru pulang dari negara berkenaan diminta segera merujuk ke klinik kesihatan sekiranya menghidap gejala dan tanda demam, sakit badan, ruam dan konjuktivitis.

“Pada masa ini kes virus Zika dilaporkan sudah merebak ke 26 negara di benua Amerika. Sehubungan itu, kementerian menasihatkan rakyat negara ini mengelak atau menangguhkan perjalanan ke negara terbabit,” katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Dalam pada itu, katanya, Kementerian Kesihatan mengesahkan setakat ini tiada jangkitan virus Zika dikesan di dalam negara.

Bagaimanapun, katanya, semua pihak perlu mengambil serius jangkitan Zika ini seiring dengan status darurat kesihatan awam antarabangsa yang disarankan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Isnin.

Sehubungan itu katanya, semua pihak diseru bekerjasama melakukan tindakan pencegahan khususnya dalam memusnahkan tempat pembiakan nyamuk Aedes.

Tambah Dr Subramaniam, sehingga semalam, sebanyak 293 sampel darah daripada pesakit yang menunjukkan gejala denggi sudah diuji bagi mengesan virus Zika dan setakat ini semua keputusan adalah negatif.

-Berita Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");