Panasnya Hari Ini

Wacana Ilmu Asri, Zamihan Batal -DS Shahidan

Foto:- Free Malaysia Today

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim mengumumkan bahawa wacana ilmu diantara Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainal Abidin dan Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWAJA), Zamihan Mat Zain yang dijadualkan pada 17 Februari, dibatalkan.

Shahidan membuat pengumuman itu menerusi laman Facebooknya, YB Ds Shahidan Kassim, malam tadi.

Beliau bagaimanapun tidak menceritakan punca dan sebab program tersebut dibatalkan.

“Tanpa menceritakan apa yang berlaku maka saya ingin umumkan bahawa wacana tersebut dibatalkan. Semua jemputan dan lain-lain urusan tidak diteruskan.

“Saya memohon maaf diatas apa yang berlaku dan menyeru kepada semua pihak agar tidak membiarkan apa-apa isu berlarutan dengan persepsi tetapi paparkanlah fakta serta merta untuk mengelakkan buruk sangka dan fitnah dari berleluasa,”katanya.

Terdahulu, Asri berkata beliau bersetuju untuk menjadi panel dalam program berskala kecil itu diadakan tetapi meletakkan syarat agar ianya disiarkan secara langsung menerusi internet atau ‘livestreaming’.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");