Jenayah

Warga asing cuba bunuh diri

BUKIT BERUNTUNG – Akibat mengalami tekanan perasaan, seorang warga asing nekad dalam cubaan bunuh diri di Jalan Teratai, Bukit Beruntung malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan R Supramaniam berkata, mangsa dikenali sebagai Saranga Devendra, 32, berasal dari Sri Lanka mula bekerja di salah sebuah kilang di sini sejak seminggu lalu.

“Kira-kira jam 10 malam, pihak kami terima panggilan kecemasan dari pasukan kecemasan Mers mengatakan terdapat kejadian cubaan bunuh diri.

“Anggota pasukan kecemasan itu kemudian sampai di lokasi dan menemui mangsa yang sudah duduk tersandar dan mengalami kecederaan di leher akibat torehan pisau,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, hasil soal siasat terhadap mangsa mendapati warga Sri Lanka itu mengalami tekanan perasaan.

“Akibat tekanan perasaan, mangsa cuba bunuh diri dengan cara mencederakan diri sendiri.

“Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk mendapatkan rawatan. Doktor kemudian mengesyaki mangsa mengalami sakit mental,” katanya.

Katanya lagi, kes itu sedang disiasat di bawah Seksyen 309, Kanun Keseksaan.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");