Panasnya Hari Ini

“Wawasan 2020 Pasti Gagal Kerana Dr Mahathir Sendiri”- Musa Hitam

KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam meramalkan bahawa Wawasan 2020 yang hanya berbaki empat tahun lagi adalah diambang kegagalan disebabkan oleh Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Jelasnya, bagi menjayakan wawasan itu, Dr Mahathir telah lupa bahawa beliau perlu melatih pemimpin di semua peringkat terutamanya pemimpin politik.

“Adalah ironik Wawasan 2020 pasti gagal kerana Dr Mahathir sendiri. Sebijak mana pun beliau, Dr Mahathir lupa bahawa untuk berjaya beliau perlu melatih pemimpin dari semua peringkat terutamanya di kalangan pemimpin politik.

Tambahnya lagi, rekod kepimpinan Dr Mahathir mempamerkan bekas Perdana Menteri Malaysia tersebut telah bertindak menyingkirkan ramai pemimpin berpotensi ketika beliau mentadbir negara.

“Dr Mahathir telah menyingkir kelompok pemimpin berpotensi seorang demi seorang dan berkumpulan … dan hanya mengekalkan pengikut yang setia.

“Pengikut ini dilatih untuk berdedikasi dan setia kepada sesiapa yang duduk di bahagian paling atas. Prinsip itu mudah sahaja … mereka hanya perlu setia jika mahu terus ‘hidup’,” kata Musa memetik sumber laporan Astro Awani.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya di majlis memperingati ulang tahun ke-113 Perdana Menteri Pertama Malaysia, Tunku Abdul Rahman, yang dianjurkan oleh Institut Hal Ehwal Demokrasi Dan Ekonomi (IDEAS) hari ini.

Sementara itu beliau turut menyatakan kekecewaannya dengan situasi politik dalam negara masa ini dan menyifatkan matlamat Malaysia ke arah Wawasan 2020 kini berada di ambang kegagalan.

Terdahulu, Dr Mahathir telah mengumumkan mengenai Wawasan 2020 ketika membentangkan Rancangan Malaysia Keenam pada tahun 1991 yang bermatlamat menjadikan Malaysia sebuah negara maju.

Bagaimanapun pada Jun lalu, Dr Mahathir menjangkakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak mampu mencapai Wawasan 2020 kerana dakwanya Najib hanya memberi tumpuan kepada pendapatan per kapita untuk mengukur pembangunan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");