Sukan Hari Ini

Wenger berang

PENGENDALI The Gunners, Arsene Wenger berang apabila pasukannya gagal mempamerkan sentuhan penyudah yang baik ketika seri tanpa jaringan dalam aksi Piala FA menentang Hull City, kelmarin.

Keputusan itu menyaksikan Arsenal perlu bertandang ke Stadium KC untuk perlawanan ulangan dengan Hull untuk menentukan pasukan yang layak ke peringkat seterusnya.

Kata Wenger, perlawanan ulangan itu adalah keputusan tidak baik.

“Ia bukan berita yang baik (perlu bermain perlawanan ulangan). Kami amat tumpul dan tidak fokus dalam 15 minit terakhir perlawanan.

“Kami mempunyai 20 percubaan dan 70 peratus penguasaan bola, tetapi tetap gagal jaringkan gol. Tetapi harus diakui pertahanan dan penjaga gol Hull, Eldin Jakupovic bermain dengan baik,” katanya.

Menurutnya, perlawanan ulangan itu akan memberikan kesan kepada kecergasan pemain ketika bakal bertemu Barcelona dalam Liga Juara-juara dan untuk terus bersaing dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) bagi merebut takhta liga.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");