Perak Hari Ini

Zambry Terima Dua Kunjungan Hormat

IPOH: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir hari ini menerima dua kunjungan hormat di pejabatnya di Bangunan Darul Ridzuan, di sini.

Beliau telah menerima kunjungan hormat daripada bekas Ketua Polis Perak, Datuk Osman Salleh yang bersara berkuatkuasa pada hari ini.

Jawatan tersebut telah digantikan oleh Ketua Polis Perak yang baharu, Datuk Seri Abd Rahim Hanafi.

Dalam ucapan ringkasnya, Zambry berkata, kerajaan negeri menghargai segala jasa dan tabur bakti yang dicurahkan Osman sepanjang perkhidmatannya.

“Kerajaan negeri mengucapkan selamat bersara kepada Datuk Osman dan kita mendoakan agar beliau terus berada dalam keadaan sihat.

“Kerajaan negeri menghargai segala sumbangan yang beliau taburkan sepanjang perkhidmatan beliau di negeri Perak,”katanya.
PERAKTODAY1

Sementara itu, Zambry kemudiannya turut menerima kunjungan hormat daripada Konsulat Jeneral Jepun di Pulau Pinang, Ryuji Noda yang turut akan menamatkan perkhidmatannya tidak lama lagi.

Ryuji telah berkhidmat di Pulau Pinang sejak Oktober 2012.

Turut hadir ialah Timbalan Konsulat General Jepun di Pulau Pinang, Hiroko Taniguchi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");