Panasnya Hari Ini

Zamihan Dakwa Program Dibatalkan Atas Arahan Pihak Atasan

KUALA LUMPUR: Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Waljamaah Malaysia (ASWAJA), Zamihan Mat Zain berkata, diskusi ilmu ‘Ekstremisma Agama Di Malaysia’ yang sepatutnya berlangsung esok dibatalkan kerana mendapat arahan dari pihak atasan.

Wacana ilmu itu akan menggabungkan Zamihan dan Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Zamihan mendakwa, wacana ilmu tersebut yang sepatutnya diadakan di Auditorium Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya terpaksa dibatalkan atas arahan pimpinan tertinggi negara.

“Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Shahidan Kassim pun sedia maklum, debat pada 17 haribulan itu, atas arahan pimpinan tertinggi negara, dibatalkan,”kata beliau, memetik laporan The Malaysian Insider.

Terdahulu, Asri dan Zamihan dilaporkan akan berdepan antara satu sama lain menerusi satu wacana yang dianjurkan oleh Shahidan yang bertajuk ‘Ekstremisma Agama Di Malaysia’.

Asri telah menyatakan persetujuan beliau untuk menerima cabaran berdebat mengenai isu ekstremisma agama bertujuan untuk memberi penjelasan kepada orang ramai.

Zamihan juga, sebelum itu, dilaporkan bersedia untuk mengambil tindakan undang-undang dan berdebat dengan Mufti Perlis itu sekiranya Asri masih mengaitkan diri beliau dengan elemen pro Syiah, ekstremis takfir dan sesat.

Berikutan itu, Shahidan telah mencadangkan agar kedua-dua individu tersebut hadir dalam satu program yang dianjurkan bagi menjernihkan keadaan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");