Panasnya Hari Ini

Zeti Enggan Dedah Bakal Pengganti

KUALA LUMPUR: Gabenor Bank Negara Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz masih enggan mendedahkan maklumat lanjut mengenai penggantinya walaupun tarikh perkhidmatannya akan tamat pada bulan April ini.

Memetik sumber Astro Awani, beliau bagaimanapun menjelaskan bahawa ia bakal dimaklumkan kelak.

“Anda akan dimaklumkan apabila tiba masanya, kerana ia sesuatu yang pasti akan berlaku.

“Ada proses (pemilihan Gabenor baru) yang perlu diikuti, jadi anda semua perlu bersabar buat masa sekarang,”
katanya ketika melancarkan Platform Akaun Bersepadu (IAP), sebuah platform pelaburan perbankan Islam baru di Bangunan Sasana Kijang di sini hari ini.

Tambahnya lagi pemilihan gabenor baharu perlu mengambil tempoh yang lama berikutan ia perlu diteliti secara mendalam.

Tegasnya, langkah itu perlu bagi memastikan penggant beliau memiliki kelayakan yang diperlukan dan memenuhi semua kriteria yang diperlukan.

Beliau menasihati orang ramai supaya tidak perlu khuatir dengan pemilihan penggantinya yang baharu berikutan
Bank Negara masih kekal kukuh sebagai sebuah institusi kewangan.

“Sebagai sebuah institusi, bank pusat mempunyai kekukuhan dan daya tahan yang baik,” tambah Zeti.

Zeti turut menzahirkan keyakinan beliau bahawa Bank Negara akan kekal sebagai entiti bebas dan berintegriti tinggi.

“Kebebasan kami adalah kebebasan secara organisasi secara keseluruhannya.

“Saya menerajui bank pusat sepanjang kepimpinan lima Menteri Kewangan dan tiga Perdana Menteri, saya telah menikmati kebebasan ini sepanjang tempoh tersebut.

“Saya jangka ini akan berterusan walaupun selepas saya meninggalkan bank pusat,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");