Panasnya Hari Ini

222 Ahli Parlimen Perlu Disingkirkan Dari Dewan Rakyat -KESATUAN

Foto:- Free Malaysia Today

KUALA LUMPUR: Kesemua 222 ahli Parlimen di negara ini perlu disingkirkan daripada Dewan Rakyat kerana didakwa bersekongkol dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Gesaan itu dibuat menerusi tiga tuntutan oleh Kesatuan Mahasiswa Malaysia (KESATUAN) yang mendakwa kesemua ahli Parlimen itu gagal memainkan peranan dalam menghalang dan menghukum Najib berhubung skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Pengerusinya, Azzan Aznan Abdul Rahim berkata, hanya melalui penyingkiran itu sahaja dapat memberi ruang dan peluang kepada orang baharu sekaligus dapat mengembalikan mandat kepada rakyat menerusi pilihan raya.

“Maksud perkataan ‘semua mereka’ pada tuntutan kedua deklarasi (rakyat) mengenai ‘penyingkiran semua mereka yang bersekongkol dengannya’ pada perenggan 36 hendaklah ditakrifkan sebagai 222 ahli Parlimen Malaysia,”katanya, memetik laporan Free Malaysia Today.

Mengulas lanjut, tuntutan kedua yang dimahukan oleh pihaknya adalah dengan memansuhkan semua undang-undang dan perjanjian yang melanggar hak asasi seperti Akta Rahsia Rasmi (OSA), Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU), Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN), Akta Hasutan dan sebagainya.

“Ketiga, sistem pilihan raya di Malaysia haruslah direformasikan sepenuhnya supaya bebas dan adil.

“Mahasiswa akan mengadakan satu pertemuan dengan 56 ahli politik yang menandatangani deklarasi ini dalam masa yang terdekat,”ujarnya.

Katanya lagi, tidak ada gunanya jika Perdana Menteri bertukar tetapi masalah yang sama terus terjadi kerana prinsip perjuangan yang selama ini dilupakan demi mencapai matlamat masing-masing.

“Kami menegaskan bahawa tuntutan kami adalah mengenai prinsip perjuangan yang sekian lama diperjuangkan oleh mereka.

“Kami menuntut agar mereka tidak melupakan prinsip ini hanya kerana ingin menjatuhkan Najib dari jawatannya,”tegas beliau.

Tuntutan daripada KESATUAN itu turut disokong oleh tujuh persatuan mahasiswa dari seluruh negara.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");