Berita Hari Ini

3,400 peserta Felcra terima pampasan banjir

KUALA KRAI – Seramai 3,400 peserta Felcra Berhad (Felcra) yang terjejas ketika banjir besar di beberapa negeri penghujung 2014 menerima pampasan menerusi Skim Insurans Bencana bernilai kira-kira RM20 juta.

Timbalan Menteri Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub berkata,mangsa terlibat daripada Perak, Pahang, Terengganu dan Kelantan.

“Mereka merupakan pemegang polisi insurans yang membuat pembayaran sebanyak RM66 setahun serta dibayar menerusi potongan hasil jualan.

“Setiap peserta menerima bayaran antara RM800 hingga RM24,750 bergantung kepada nilai kerosakan kediaman masing-masing,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Cek Insurans Banjir Felcra Berhad (Felcra) 2014/2015 negeri Kelantan di Dewan Institusi Pekebun Kecil Kelantan di Bukit Sireh.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif FELCRA Berhad, Datuk Ramlee Abu Bakar,Pengurus Felcra Berhad Wilayah Timur, Salahudin Omar serta wakil syarikat Insurans.

Ahmad Jazlan berkata,bayaran telah dibuat di kesemua negeri terlibat.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");