Perak Hari Ini

ABPM Perak Terima Pengiktirafan Amalan Persekitaran Berkualiti 5S

TRONOH: Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia (ABPM) Perak telah menerima Pengiktirafan Amalan Persekitaran Berkualiti 5S daripada Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC).

Penolong Ketua Pengarah Bahagian Latihan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Mohammad Hamdan Wahid, ABPM Perak merupakan yang ketiga menerima Sijil Amalan Persekitaran Berkualiti 5S selepas ABPM Sarawak dan ABPM Wakaf Tapai.

Beliau berkata, program 5S berkenaan merupakan satu gerakan nasional di peringkat JBPM dan diperingkat Akademi pula 5S telah dilaksanakan lebih awal.

1

“Tiga Akademi sudah mendapat pentauliahan 5S yang mana kita mempunyai lima Akademi dan berkemungkinan selepas ini adalah Wilayah Tengah dan juga Sabah.

“Kita juga menjangkakan semua Ibu Pejabat Bomba Negeri, Akademi Latihan dan juga Ibu Pejabat Bomba Malaysia akan menerima pensijilan 5S sekurang-kurangnya penghujung tahun ini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menyaksikan Majlis Pengiktirafan Amalan Persekitaran Berkualiti 5S yang telah disampaikan oleh Timbalan Ketua Pengarah MPC, Ab. Rahim Yusoff kepada Komandan ABPM Perak, Mohamad Zin Salleh di sini, hari ini.

Turut hadir sama, Pengarah JBPM Negeri, Datuk Yahaya Madis dan Komandan ABPM Kuala Kubu Bharu, Selangor, Saadon Mokhtar.

Dalam perkembangan lain, Hamdan berkata, JBPM telah menerima pelatih-pelatih daripada luar negara untuk menjalani kursus kebombaan di negara ini.

4

Beliau berkata, pelatih-pelatih tersebut datangnya dari beberapa negara yang terpilih.

Ujarnya, Bomba Malaysia dipilih untuk menjadi pusat menjalani kursus berikutan sistem yang diamalkan di negara ini adalah bertaraf antarabangsa.

Katanya, antara kursus yang ditawarkan kepada pelatih berkenaan adalah ‘International Structural Fire Fighting Course’, ‘Hazardous Materials Handling International Course’ dan juga ‘International Road Traffic and Accident Course’.

Jelasnya, minat pelatih luar negara untuk mengikuti kursus kebombaan di Malaysia juga telah didorong oleh maklumat menerusi internet selain keupayaan daripada segi kelengkapan dan kepakaran yang terdapat di akademi bomba di negara ini.

“Latihan berkenaan telah dilaksanakan hampir enam tahun di negara ini yang mana setiap negara akan menghantar seorang wakil untuk menjalani kursus selama dua minggu.

“Kita akan kenalpasti yang mana calon itu hendaklah ada asas ‘fire fighting’… kita tidak mahu dia (pelatih) datang daripada agensi lain, dia tidak tahu apa-apa mengenai kebombaan,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");