Sukan Hari Ini

Acara skuasy tampil sengit

Georgetown: Seramai 266 atlet mewakili 14 kontinjen negeri menyertai Kejohanan Skuasy Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) 2016 yang diadakan di Pusat Skuasy Antarabangsa Nicol David, Bukit Dumbar, di sini semalam.

Kejohanan kali ke-17 dan diadakan enam hari bermula semalam dan berakhir Jumaat itu menyaksikan tiga kategori dipertandingkan iaitu bawah 12 tahun lelaki dan perempuan, B-15 dan B-18 (lelaki dan perempuan).

Penyelaras Kejohanan Skuasy Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) 2016, Nizam Ismail berkata, pihaknya berbangga dengan peningkatan penyertaan kali ini.

Beliau berkata, ramai bakat baru diketengahkan dan mendapat pendedahan bersaing dengan pemain lama yang lebih berpengalaman.

Katanya, sasaran utama kejohanan ini untuk mencungkil bakat baru ternyata berjaya apabila banyak penyertaan baru diterima terutama bagi kategori B-12.

“Saingan tahun ini juga dijangka sengit apabila Kedah selaku juara bertahan bakal dicabar pasukan lain seperti Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Melaka, Sarawak dan Selangor,” katanya.

Hadir sama, Pengerusi Teknikal dan Pembangunan Sukan Skuasy MSSM, Ampandi Omar.

Ampandi berkata, setiap atlet yang memenangi kategori dipertandingkan akan menerima piala, pingat dan sijil penyertaan.-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");