Panasnya Hari Ini

Adakah Najib Mempunyai lebih RM2.6 bilion dalam akaun? – Mukhriz

Gambar:- Free Malaysia Today

KUALA LUMPUR: Mantan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir menggesa agar Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron memberikan penjelasan berhubung kenyataannya tentang perbelanjaan Barisan Nasional (BN) semasa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) yang lalu.

Tegasnya, ia seakan memberikan bayangan bahawa lebih daripada RM2.6 bilion telah dimasukkan ke dalam akaun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Beliau (Idris) membayangkan bahawa lebih RM2.6 bilion dimasukkan ke dalam akaun Perdana Menteri. Saya mahu beliau jelaskan kenyataannya mengenai perkara ini.

“Pengakuan beliau memeranjatkan saya. Saya telah membuat kira-kira mudah. Jika anda tolak RM1.5 bilion daripada RM2.6 bilion, anda akan mendapat RM1.1 bilion,” tegasnya memetik laporan Free Malaysia Today.

Beliau turut mempersoalkan bagaimana pula dengan sejumlah RM2.03 bilion yang telah dihantar semula kepada orang Arab seperti yang dilaporkan sebelum ini.

Terdahulu, Mukhriz ketika mengadakan pertemuan dengan ahli UMNO di Kota Bahru baru-baru ini telah mendakwa bahawa pemimpin nombor satu negara itu membuat pengakuan bahawa BN telah membelanjakan sejumlah RM1.5 bilion untuk pilihan raya yang lalu.

Pada minggu lalu juga, laporan Malaysiakini telah mengatakan bahawa secara jelas Idris telah menyebut bahawa RM1.5 bilion telah dibelanjakan semasa PRU13.

Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi pula menjelaskan bahawa Najib telah memulangkan semula RM2.03 billion kepada penderma sekaligus membersihkan nama Perdana Menteri daripada tuduhan rasuah dan salah guna kuasa.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");