Panasnya Hari Ini

ADUN DAP Diisytihar Wakil Bebas

KUALA LUMPUR: Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Wira Othman Muhammad hari ini mengumumkan dan mengistiharkan bahawa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong dari DAP, Goh Leong San sebagai wakil Bebas, berkuat kuasa hari ini.

Memetik laporan Sinar Harian, perkara itu telah diumumkan oleh beliau dalam ucapan pembukaannya pada Persidangan Pertama, Penggal Keempat, DUN Melaka Ke-13, di Seri Negeri, di sini.

Terdahulu, Leong San menyatakan bahawa beliau tidak akan membuat rayuan kepada parti selepas Jawatankuasa Pusat DAP memutuskan untuk menggantung keahliannya selama setahun.

Sebelum ini, konflik dalaman DAP Melaka bukan lagi perkara baru kerana ia telah menyebabkan wujudnya dua kem dalam kalangan kepimpinan negeri yang mana satu kem dikatakan diwakili Leong San, Tong Him dan AdUN Bachang, Lim Jak Wong.

Manakala satu lagi kem yang diwakili Pengerusi DAP negeri, Tey Kok Kiew; ADUN Ayer Keroh, Khoo Poay Tiong dan ADUN Kota Laksamana, Lai Kuen Ban dikatakan lebih cenderung kepada Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");