Isu Panas

Ahli Umno digesa jangan hanya kejar populariti

SHAH ALAM – Sifat mahu mempopularkan orang tertentu sahaja di bahagian, menjadikan Umno kelihatan sukar dipopularkan kepada orang muda.

Pensyarah Kanan Hal Ehwal Politik dan Antarabangsa, Pusat Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Md Shukri Shuib berkata, masalah yang berlaku juga adalah kerana Umno kelihatan lebih menumpu pada soal pemilihan bahagian.

“Kerenah segelintir ketua bahagian dan pengurusan seperti melihat peranan sayap Pemuda, Puteri dan Wanita (Umno) sebagai pesaing menyebabkan jentera sayap terhad dan tidak mempunyai keupayaan sokongan yang kuat dari bahagian.

“Mereka leka dengan ‘sindrom popular’ dan bersikap angkuh serta berpegang bahawa Umno kuat tanpa mahu merubah diri serta cara pentadbiran parti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas situasi semasa politik Umno Selangor termasuk persoalan berkaitan peranan dan kemampuan sayap parti dalam membantu memperkasakan Umno di negeri itu bagi menghadapi PRU14 nanti.

Jelas Md Shukri, sayap parti seperti Wanita, Pemuda dan Puteri Umno Selangor tidak ‘manja’, cuma harus diberikan peluang yang luas bersama Umno kerana masalah berlaku apabila Umno dilihat sebagai parti ‘cari makan’.

“Pengurusan kewangan parti perlu telus. Hasil pendapatan menerusi projek atau tender oleh kerajaan atas kapasiti politik perlu disalurkan semula secara munasabah bagi keperluan parti dan mempopularkan Umno, bukan untuk membina kekayaan sendiri.

“Apa yang disuarakan pemuda Umno Selangor itu ada kebenarannya, dan Umno Pusat harus memantau ‘orang-orang kaya Umno’ supaya lebih pemurah membantu. Ramai pemimpin yang kaya-raya tapi abaikan tanggungjawab hingga parti kelihatan daif dalam penganjuran program,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");