Panasnya Hari Ini

Ahmad Nazim Bakal Failkan Saman Terhadap Rafizi

KUALA LUMPUR: Ketua Pegawai Eksekutif Pelaburan MARA Berhad (PMB), Ahmad Nazim Abdul Rahman menyifatkan serangan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli adalah tidak beretika dan bertanggungjawab kerana tidak mengemukakan fakta dalam dakwaan beliau.

Berikutan itu, beliau menyahut cabaran Rafizi untuk memfailkan saman sivil terhadap Setiausaha Agung PKR itu.

Kata Ahmad Nazim lagi, Rafizi gagal menunjukkan fakta yang menunjukkan beliau mendapat faedah kewangan daripada syarikat-syarikat yang dinamakan dalam urusniaga Dudley House oleh Mara Inc selain daripada Rafizi gagal mengemukakan bukti yang menunjukkan percanggahan kepentingan di pihaknya selaku CEO Pelaburan MARA Berhad.

“Beliau tidak boleh lari dari isu ini dan memilih untuk terus membuat tuduhan berdasarkan maklumat yang tidak relevan,”katanya, memetik laporan Free Malaysia Today.

Terdahulu, Rafizi mencabar Ahmad Nazim supaya memfailkan saman terhadapnya jika dakwaan yang dilakukan oleh beliau itu salah.

Rafizi mendakwa MARA melalui anak syarikat, Thrushcross Land Holdings Limited telah membayarAUD$22.5 juta untuk membeli Dudley House di Melbourne pada 2014, iaitu AUD$4.75 juta lebih tinggi berbanding harga pasaran.

Rafizi juga mendakwa, Dudley House dibeli pada harga yang lebih mahal kerana pembelian itu melibatkan bayaran ‘komisen’ sebanyak AUD$4.7 juta.

Kata Rafizi, Nazim adalah pegawai MARA yang bertanggungjawab menghantar invois berbentuk bayaran komisen kepada syarikat penjual Dudley House tersebut iaitu Wanissa Properties Pty Ltd.

Dakwa Rafizi lagi, Nazim turut mempunyai percanggahan kepentingan kerana pernah menjadi ahli lembaga pengarah Midwest Equity.

Berikutan itu, Nazim melahirkan rasa kesal beliau kerana Rafizi membuat kesimpulan yang berdasarkan tanggapan dan maklumat-maklumat yang tiada kaitan.

“Kenyataan Rafizi Ramli yang terbaru adalah satu lagi kenyataan kitar semula dan contoh terbaik bagaimana beliau sering memilih taktik menggunakan maklumat yang tidak relevan untuk mengaitkan seseorang dengan sesuatu tuduhan,”ujarnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");