Panasnya Hari Ini

Annuar Nafi Mesyuarat MT Diadakan Hari Ini

KUALA LUMPUR: Ahli MT UMNO, Tan Sri Annuar Musa,menafikan bahawa tiada mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO untuk membincangkan status keahlian Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang didakwa berlangsung hari ini.

Tambahnya lagi,tiada perancangan di peringkat kepemimpinan tertinggi parti untuk mengadakan mesyuarat berkenaan.

“Tiada… mesyuarat MT tiada hari ini. Kita sudah ada jadual bila mesyuarat MT,” katanya memetik sumber Berita harian.

Terdahulu, pada awal pagi tadi, media menerima mesej menerusi aplikasi WhatsApp, kononnya ahli MT UMNO akan bermesyuarat jam 4 petang ini di Menara Dato’ Onn, bagi membincangkan status keanggotaan Mukhriz dan Muhyiddin.

Ia difahamkan berikutan kelantangan Bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Timbalan Presiden yang digantung, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengkritik kepimpinan tertinggi parti tersebut.

Terdahulu usul pemecatan kedua-dua pemimpin Umno itu sebelum ini disuarakan oleh Ahli Majlis Tertinggi, Datuk Seri Nazri Aziz yang menyifatkan tindakan Muhyiddin dan Mukhriz sudah melampaui batas kerana didakwa menjadi sebahagian daripada komplot menyingkirkan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak.

Sementara itu, Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishamuddin Hussein turut mengakui parti itu menerima desakkan daripada akar umbi untuk segera merujuk tindakan Muhyiddin dan Mukhriz kepada Jawatankuasa Disiplin parti.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");