Panasnya Hari Ini

‘Apa Istimewanya Najib Sampai Tak Boleh Disuruh Letak Jawatan?’ – Husam

KUALA LUMPUR: Bekas Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa mempersoalkan pihak yang mempertahankan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, mengapa perkara yang sama tidak dilakukan apabila Perdana Menteri sebelum Najib, Tun Abdullah Ahmad Badawi didesak supaya melepaskan jawatan.

“Apabila Pak Lah (Tun Abdullah) didesak (Tun) Dr Mahathir untuk berundur, semua orang kata ia dibenarkan, apabila datang kepada Najib, tidak dibenarkan.

“Ini amalan yang diterima dalam politik negara kita, apa yang istimewanya Najib sehingga kita tak boleh menyuruhnya letak jawatan,”ujarnya, lapor The Malaysian Insider.

Sementara itu, beliau berkata, Islam tidak melarang penganutnya untuk mendesak peletakan jawatan seorang pemimpin sekiranya pemimpin tersebut terlibat dengan kesalahan jenayah.

“Jika seorang pemimpin itu tidak bersalah, sudah tentu kita tidak boleh menyuruhnya berhenti.

“Akan tetapi jika seorang pemimpin itu terlibat dengan jenayah besar yang akan meruntuhkan nama baik negara termasuk institusi di bawah kepimpinannya dan kewangan, dan kamu kata beliau tak perlu letak jawatan?

“Tunjukkan saya ayat al-Quran mana yang berkata demikian supaya saya boleh baca sekarang,”katanya.

ADUN Salor itu berkata demikian ketika mengulas kenyataan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mengatakan memecat pemimpin merupakan satu tindakan tidak Islamik.

Kenyataan Husam itu dipercayai merujuk kepada dakwaan jenayah dan skandal yang mempunyai unsur jenayah yang melibatkan Perdana Menteri.

Berikutan dakwaan tersebut, Husam berkata, rakyat berhak untuk menuntut dan menggesa Najib melepaskan jawatan yang dipegangnya.

“Dalam Islam, walaupun seorang imam yang dilantik mengetuai 1,000 jemaah dalam solat, tiba-tiba ada yang tidak berpuas hati dengan apa sebab sekalipun, mereka mempunyai hak menuntut penyingkirannya.

“Dan ini Perdana Menteri…rakyat yang melantiknya, ini merupakan jawatan awam dan bukan peribadi,”tegasnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");