Sukan Hari Ini

Arsenal dihujani kritikan

BEKAS kapten Manchester United, Roy Keane mengkritik pemain Arsenal ketika kelab itu terkeluar daripada saingan Liga Juara-Juara selepas dimalukan Barcelona.

Menurut Keane, pemain Arsenal tidak memiliki kekuatan mental dalam berdepan kelab gergasi seperti Barca dan perkara itu menyumbang kepada kekalahan mereka.

Malah, Keane yang kini bertugas selaku penganalisis di ITV mempersoalkan aksi tidak konsisten sesetengah pemain The Gunners.

“Arsenal dibarisi beberapa pemain yang lemah. Ia terbukti apabila mereka gagal mempamerkan aksi terbaik dalam perlawanan tertentu.

“Mereka dibebani tekanan sejak beberapa bulan kebelakangan ini. Jika anda tidak boleh atasi tekanan, anda seharusnya tidak berada di sana,” katanya.

Sementara itu, bekas pemain Arsenal, Lee Dixon akui masa depan Arsene Wenger di Emirates semakin suram.

“Saya pernah bermain di bawah bimbingannya dan saya adalah peminat Wenger. Apa pun, saya fikir sudah tiba masanya untuk melakukan perubahan,” katanya.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");