Jenayah

AS sahkan kematian komander militan IS

WASHINGTON – AMERIKA SYARIKAT. Amerika Syarikat (AS) semalam mengesahkan kematian komander tertinggi kumpulan militan IS yang dikenali sebagai Omar al-Shishani.

Jurucakap Pentagon dan Ketua Tentera Laut Kapten Jeff Davis berkata, pihaknya percaya Shishani meninggal dunia akibat kecederaan dialami selepas menjadi sasaran serangan udara AS pada 4 Mac lalu berhampiran bandar al-Shaddadi di wilayah Hasakah, Syria.

Menurut laporan media CNN, Shishani atau nama sebenarnya Tarkhan Tayumurazovich Batirashvili sedang menghadiri mesyuarat dengan 12 anggota IS lain ketika tempat pertemuan mereka dibedil.

Sementara itu, Setiausaha Akhbar Pentagon Peter Cook memberitahu, Shishani adalah salah seorang komander terhebat kumpulan berkenaan dan pernah berkhidmat dalam unit elit tentera Georgia.

“Kematiannya bakal memberi kesan kepada keupayaan IS untuk merekrut pejuang asing terutamanya dari wilayah Chechnya dan Caucus, serta mengurangkan kemampuan kumpulan untuk menyelaras serangan dan mempertahankan kubu kuat mereka seperti di Raqqah, Syria, Mosul serta Iraq,” katanya. – Press TV/sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");