Sukan Hari Ini

Atlet berhijab AS mahu gegar Olimpik

Los Angeles: Ibtihaj Muhammad berharap penampilan sebagai ‘atlet berhijab’ dalam pada Sukan Olimpik Rio de Janeiro akan mengubah pandangan masyarakat terhadap Muslim di Amerika Syarikat.

Dia adalah atlet wanita pertama Amerika Syarikat bertanding dengan berhijab pada temasya terbesar dunia itu.

Atlet lawan pedang berbakat besar berketurunan Afrika Amerika Syarikat berusia 30 tahun itu mengesahkan kedudukannya dalam pasukan Olimpik Amerika Syarikat selepas selepas meraih mata mencukupi pada Kejohanan Dunia di Greece Januari lalu.

“Ia persekitaran politik yang sukar dan berada dalam kedudukan sekarang ternyata bukan sesuatu mudah,” kata Ibtihaj pada sidang akhbar kemuncak pasukan Olimpik negara itu.

“Muslim sentiasa mendapat perhatian dan saya berharap dapat mengubah imej yang sering diberikan terhadap wanita Muslim”.

-AFP

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");