Berita Hari Ini

ATM, PDRM, Esscom perlu saling runding

LAHAD DATU – Angkatan Tentera Malaysia, Polis Diraja Malaysia dan pihak Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) perlu saling berunding atau berbincang bagi menentukan aset yang akan dibeli menepati kesesuaian keperluan anggota keselamatan di Zon Selamat Timur Sabah (Esszone).

Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Mohd Johari Baharum berkata perbincangan seperti itu penting bagi mengelak pembaziran terutama apabila berlaku pembelian aset yang kemudian didapati tidak sesuai digunakan anggota keselamatan ketika melaksanakan tugas masing-masing.

Hari ini saya telah menjinjau beberapa pulau yang menempatkan anggota tentera dan polis untuk mengawal keselamatan. Ada di antaranya yang menyedihkan kerana mereka masih menggunakan khemah,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Justeru, Johari menasihatkan agar anggota keselamatan yang bertugas di kawasan pulau agar bersabar kerana kebajikan mereka sentiasa diperhatikan oleh kerajaan.

Sebelum itu, Johari turut melakukan lawatan ke Markas Angkatan Tugas Bersama-2 (ATB-2) di Kem Kukusan Tawau, Pangkalan Laut Tun Sharifah Rodziah dan Esscom untuk meninjau tahap kesiapsiagaan OP PASIR Sektor Selatan dan Utara.

Sepanjang lawatan itu, beliu telah diberi taklimat khas berkaitan tahap kesiapsiagaan Ops Pasir dan Sistem Pengawasan OPS PASIR di Markas ATB-2.

– Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");