Panasnya Hari Ini

Azizah Sudah Maafkan Tun M?

Gambar:- Sinar Harian

KUALA LUMPUR: ‘Perjuangan’ Pakatan Harapan bersama Tun Dr Mahathir Mohamad hanyalah kerana negara semata-mata, ujar Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Azizah Wan Ismail

Tegasnya, perjuangan itu tidak ada kaitan dengan ‘balas dendam’ walaupun beliau mendakwa bahawa suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Presiden Amanah, Mohamad Sabu pernah menjadi mangsa pemerintahan Tun Mahathir.

“Saya tidak fikir ini (maafkan dosa Tun Mahathir) jadi isu. Ini bukan tentang nak balas dendam.

“Tapi ini tentang negara. Apa yang berlaku (dulu), sudah berlaku,” katanya pada sidang media Pakatan Harapan, hari ini, lapor Sinar Harian.

Beliau turut menafikan bahawa pembangkang memerlukan Tun Mahathir untuk berjuang menjatuhkan Perdana Menteri kerana lemah.

Sebaliknya, ujar beliau lagi, mantan Perdana Menteri itu yang memerlukan bantuan daripada pembangkang.

“Beliau (Tun Mahathir) yang tak kuat dan perlukan bantuan kami,” katanya.

Terdahulu, Tun Mahathir mengetuai seramai 58 orang yang terdiri daripada pembangkang, badan bukan kerajaan (NGO) dan beberapa pihak lain telah menandatangani Deklarasi Rakyat yang mahu Datuk Seri Najib Tun Razak untuk meletakkan jawatannya sebagai Perdana Menteri.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");