Sukan Hari Ini

Azizul rancang persiapan ‘bijak’

Kuala Lumpur: Jaguh berbasikal negara Azizulhasni Awang mengakui ‘persiapan yang bijak’ akan dilakukan untuk menghadapi Olimpik Rio bagi mengelakkan sebarang kecederaan.

The Pocketrocket Man mengalami kecederaan sebelum siri Piala Dunia di New Zealand pada Disember tahun lalu

“Kecederaan yang di alami mencacatkan persiapan ke Kejohanan Berbasikal Asia (ACC) yang disusuli Kejohanan Trek Dunia minggu lalu.

“Saya cuba meningkatkan berat badan khususnya otot bahagian kaki sebelum ke London (Kejohanan Trek Dunia). Saya pernah menambah sebanyak dua kilogram dan bekerja keras di gimnasium namun berakhir dengan kecederaan.

“Jadi baki beberapa bulan sebelum Olimlik Rio, saya perlu elak sebarang kecederaan. Kami perlu merancang dengan bijak,” katanya.

Azizulhasni yang meraih gangsa dalam acara keirin di Londin, antara prospek utama Malaysia untuk meraih emas pertama negara di Olimpik.

“Jurulatih (John Beasley) dan staf sains sukan akan melakukan analisa kesilapan dan kekurangan. Sekarang setiap perkara amat terperinci,” tambah pelumba dari Terengganu itu.

Selain Azizulhasni, skuad berbasikal trek di Olimpik Rio akan diwakili Fatehah Mustapa yang beraksi dalam acara keirin.

Kedua-dua pelumba diberikan cuti sehingga hujung minggu depan sebelum kembali ke Melbourne untuk menjalani latihan disusuli latihan enam minggu di Portugal.-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");