Panasnya Hari Ini

Belum Terima Surat Dari Tun M: Setiausaha Agung UMNO

PUTRAJAYA: Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor,mengesahkan bahawa beliau masih belum menerima surat rasmi daripada Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung Pengumuman bekas Perdana Menteri itu untuk keluar daripada parti UMNO.

“Saya belum terima apa-apa surat lagi setakat ini,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri sesi perjumpaan Menteri Wilayah Persekutuan bersama Ahli Parlimen Wilayah Persekutuan hari ini memetik sumber Berita harian.

Tambahnya lagi, tindakan Mahathir meninggalkan UMNO juga dirasakan tidak akan menjejaskan parti tersebut.

“Setiap bulan kita ada peningkatan dalam keahlian UMNO, tidak akan menjejaskan apa-apa,” katanya.

Terdahulu, pada Isnin lalu, menerusi sidang media Dr Mahathir telah mengumumkan keluar daripada UMNO berkuat kuasa serta-merta dan turut disertai oleh isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");