Panasnya Hari Ini

Bertemu Dengan Zeti, Muhyiddin Nafi Berbohong

KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan beliau tidak berbohong tentang pertemuannya dengan Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz sewaktu beliau masih memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri.

Terdahulu, ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Puad Zarkashi pada 26 Mac lalu mendakwa Muhyiddin telah berbohong tentang pertemuan bekas Timbalan Perdana Menteri itu dengan Zeti, dimana Gabenor Bank Negara itu telah memberitahu Muhyiddin tentang 1MDB.

Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden UMNO yang digantung turut berkata, andaian yang dilakukan oleh Puad itu adakan kerana ahli MT tersebut tidak mengetahui apa yang sebenarnya berlaku.

“Sebagai Timbalan Perdana Menteri pada waktu itu, saya berhak untuk mengetahui secara terperinci isu-isu penting negara.

“Adalah menjadi kebiasaan ketua-ketua agensi kerajaan datang menemui saya untuk memaklumkan perkembangan sesuatu isu.

“Dalam pertemuan saya dengan Tan Sri Zeti, saya dapat tahu bahawa pihak Monetary Authority Singapore telah menyerahkan satu laporan kepada BNM berkenaan wang 1MDB yang tidak dimasukkan ke dalam akaun Bank BSI di Singapura dan laporan tersebut telah diserahkan kepada Ketua Audit Negara untuk disiasat,”katanya dalam satu kenyataan.

Dalam masa yang sama juga, Muhyiddin turut berkata, beliau juga dapat tahu banyak urusniaga 1MDB yang melanggar Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 yang jika didapati bersalah boleh didenda maksima RM50 juta atau penjara 12 tahun.

Muhyiddin juga berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak juga dikatakan cuba campur tangan dalam siasatan Bank Negara Malaysia, sesuatu yang tidak pernah dilakukan oleh mana-mana Perdana Menteri sebelum ini.

“Jangan kita lupa bahawa BNM telah dua kali mengemukakan kertas siasatan mengenai 1MDB kepada Peguam Negara dan memperakukan tindakan undang-undang diambil atas kesalahan melanggar Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 tetapi ditolak oleh Peguam Negara.

“ Ini bermakna siasatan di peringkat BNM berpuashati bahawa terdapat salah laku di pihak 1MDB.

“Tan Sri Zeti juga memberitahu saya beliau bertegas untuk meneruskan siasatan ke atas 1MDB walaupun mendapat tekanan.

Kata Muhyiddin lagi, sebagai seorang Gabenor bank pusat yang berwibawa, beliau yakin Zeti telah menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab dan amanah.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");