Sukan Hari Ini

Blanc senarai Verratti, Matuidi

Paris: Jurulatih Paris Saint-Germain (PSG) Laurent Blanc menamakan pemain tengah Marco Verratti dan Blaise Matuidi dalam skuad pemainnya yang bertandang ke London bagi aksi penting Liga Juara-Juara menentang Chelsea, awal pagi esok.

Kedua-dua Verratti dan Matuidi bergelut memulihkan kecergasan selepas masing-masing mengalami kecederaan pangkal paha dan paha.

Terdahulu Verratti mengepos foto dalam Instagram dia menyarung jersi hitam PSG bagi aksi Eropah.

Namun tidak pasti sama ada kedua-duanya akan bermain.

Selepas seri tanpa jaringan di Montpellier pada aksi Ligue 1 Sabtu lalu, Blanc enggan mengesahkan sama ada kedua-duanya akan hadir.

“Blaise amat bagus, dia mempunyai keinginan dan keupayaan untuk mengatasi kesakitan. Anda boleh bayangkan keghairahannya untuk bermain,” ujar Blanc.

Mengenai Verratti, jurulatih PSG itu berkata: “Berapa banyak masa diperlukan, seminggu, 10 hari? Kami harap dapat menyembuhkannya sepantas mungkin.” – AFP/harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");