Isu Panas

Blok Pas penyebab perpaduan Melayu semakin parah

KUALA LUMPUR – Sebarang usaha untuk mewujudkan blok politik baharu dalam kalangan parti pembangkang hanya akan merugi dan memecahbelahkan perpaduan orang Melayu jika ia tidak berteraskan kepada kepentingan negara.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, walaupun blok politik itu tidak melibatkan parti pemerintah, perpecahan orang Melayu sedia ada akan bertambah parah selepas pembentukan gerakan baharu oleh Tun Dr Mahathir Mohamad menerusi Deklarasi Rakyat.

“Apa saja blok-blok (politik) yang kita nak tubuh, mesti mengambil kira gambaran lebih besar. Kalau tidak, akhirnya kita akan terjerumus dalam semua pihak seperti yang dibuat oleh Mahathir.

“Dia nak buat blok politik sendiri, (namun) tapi ia hanya memecahbelahkan masyarakat Melayu. Sepatutnya kita tak melihat dari sudut blok-blok Melayu ini lagi. (Tapi) kena melihat dari sudut perpaduan negara.

“Perpecahan orang Melayu tidak akan mendatangkan faedah dan kebaikan kepada sesiapa pun, (kerana) tujuan negara itu lebih penting daripada tujuan politik itu sendiri,” katanya kepada Sinar Harian di lobi bangunan Parlimen, di sini, hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan pada Khamis lalu bahawa pihaknya akan membentuk satu pakatan baharu dengan sebuah parti politik bagi menghadapi PRU14 akan datang.

Takiyuddin bagaimanapun berkata blok pembangkang baharu itu tidak akan melibatkan Umno dan Pakatan Harapan dan perkara itu akan diumumkan pada 16 Mac ini (Rabu).

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");