Panasnya Hari Ini

Blok Pembangkang Baharu Beri Lebih Pilihan Kepada Rakyat

KUALA LUMPUR: Keputusan PAS untuk menubuhkan satu blok pembangkang yang baharu akan memberikan pilihan kepada rakyat untuk membuat perubahan terhadap negara.

Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali berkata, Pakatan Harapan (PKR, DAP, Parti Amanah Negara) akan melakukan perbincangan dengan blok pembangkang yang baharu terutamanya dalam memberi fokus terhadap isu kemungkinan akan berlakunya perpecahan undi menjelang pilihan raya akan datang.

“Ini satu strategi, politik satu strategi. Jangan tolak perbincangan, itu juga satu proses demokrasi.

“Akan ada cadangan dan ada bantahan tapi anda mesti membenarkan proses berjalan dan akhirnya kita bekerja berdasarkan konsensus dan dapatkan mandat rakyat. Itulah demokrasi terbaik yang patut kita pertahankan,”katanya, lapor Free Malaysia Today.

Berikutan itu, Azmin yang juga Menteri Besar Selangor, berkata, PKR tidak mempunyai sebarang masalah dengan keputusan PAS untuk menubuhkan blok pembangkang.

Baginya, apa yang penting adalah gerakan reformasi dalam negara untuk menjatuhkan UMNO/ Barisan Nasional (BN) sama ada secara individu atau gabungan.

“Saya kisah, kisah saya adalah UMNO mesti dijatuhkan. Itu cadangan (PAS) tak apalah. Paling penting matlamat kita untuk lakukan reformasi dalam sistem kenegaraan hari ini,”tegasnya.

Terdahulu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, PAS akan mengumumkan pembentukan blok pembangkang yang baharu pada 16 Mac ini.

Takiyuddin berkata, pembentukan blok pembangkang itu akan melibatkan sebuah parti pelbagai kaum dan badan bukan kerajaan (NGO).

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");