Panasnya Hari Ini

Blok Pembangkang Baharu, BN Tidak Akan Terjejas

KUALA LUMPUR: Presiden MIC Datuk Seri Dr S. Subramaniam menyifatkan penubuhan blok politik ketiga gabungan PAS dan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) sama sekali tidak akan menjejaskan kekuatan Barisan Nasional (BN).

Ujarnya, BN tidak akan melihat kewujudan blok pembangkang baharu itu sebagai cabaran yang tidak boleh diatasi kerana BN sentiasa kukuh.

“Dalam politik, kewujudan kerjasama baharu dan perpecahan satu sama lain adalah perkara biasa. Apa yang penting, BN kukuh dan kerjasama parti komponen BN stabil sehingga hari ini,” katanya memetik sumber Astro Awani.

Tambahnya lagi, BN juga mempunyai hubungan yang baik dengan masyarakat malah itu adalah ramuan bagi memastikan kemenangan pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 nanti.

Terdahulu pada Rabu lalu, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengumumkan penubuhan permuafakatan baharu bersama Ikatan sebagai persediaan menghadapi PRU ke-14.

MIC juga katanya sentiasa menyatakan sokongan penuh dan yakin terhadap kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Perdana Menteri dan Pengerusi BN.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");