Panasnya Hari Ini

Blok pembangkang Baharu: Kerajaan Selangor Tidak Akan Tergugat – Azmin

KUALA LUMPUR:Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menyifatkan keputusan Pas untuk membentuk blok baharu pembangkang tidak akan menjejaskan kerajaan negeri Selangor.

Malah apa yang dilakukan Pas tegasnya adalah selaras dengan sistem demokrasi yang tidak melarang pakatan atau gabungan mana-mana parti politik.

“Dalam sistem demokrasi, mereka boleh bentuk pakatan dan gabungan, itu hak mana-mana parti dan terpulang kepada rakyat untuk menerima atau sebaliknya,” kata memetik sumber Astro Awani.

Tambahnya lagi, kerajaan Selangor diyakini akan kukuh dan akan terus melaksanakan mandat yang diberi rakyat pada pilihan raya umum lalu.

“Kami ada tanggungjawab bagi memastikan mandat PRU ke-13 perlu dilaksanakan dan kami akan sentiasa bekerja kuat,” jelasnya.

Terdahulu, Pas mengumumkan akan membentuk blok baharu pembangkang pada 16 Mac depan dalam usaha menjadikan kumpulan itu blok pakatan pembangkang yang ketiga di negara ini.

Sementara itu, Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan dilaporkan berkata parti itu akan menjalin kerjasama dengan sebuah parti bagi memperkukuhkan kedudukannya untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Bagaimanapun beliau tidak menamakan parti tersebut.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");